Hey~! ![]() Assalamualaikum. Hi, I'm Seha Suhaimi. The owner of this blog. Thanks for visit my blog. Saranghae~! Credits!
| ![]() He's Beautiful lakonan 6 jejaka dari kumpulan 2PM. Mmg lawaklah~~ Pada suatu hari yang begitu cerah dan damai di sebuah rumah yang mewah sekali. Beberapa orang sedang berkumpul di ruang tamu. Nichkhun sedang membaca surat khabar sambil minum kopi. Junsu pula sedang bermain piano. Junho pula sedang menjamu selera bersama dengan Chansung. Mereka semua nampaknya ada hubungan yang special agaknya. Hahaha. Kemudian, pengurus mereka datang dan memperkenalkan seseorang yang bakal menjadi anggota baru mereka. Namanya ialah Go Wooyoung. Semua mata tertumpu pada sebuah pintu yang ada di belakang pengurus yang baru sahaja datang. Semua mata tertumpu pada Wooyoung yang begitu mempersonakan di mata mereka. Junho, Jun su, dan yang lain begitu suka dengan Woo Young yang ‘cantik’ itu. mereka semua mendekati WooYoung yang masih lagi malu-malu. Hanya Nichkhun yang tidak suka dengan WooYoung dan tidak ikut mendekati WooYoung. “Apa yang menarik sangat dengan budak tu!” Nichkhun mencebik. Waktu malam menjelang, mereka semua berlatih menari untuk konsert mereka yang bakal menjelang. Mereka semua nampaknya sangat penat lalu duduk untuk berehat. Wooyoung juga ikut duduk tetapi dia duduk jauh daripada mereka. Cara dia duduk, seperti seorang perempuan, saat dia sedang minum air jarinya terlihat lentik seperti seorang perempuan. Mereka semua terpaku dengan tingkah laku Wooyoung yang begitu mirip dengan seorang perempuan. Selepas itu, Puan Wang datang dan lalu mengajak Wooyoung masuk kedalam bilik. Sebelum masuk, mereka semua memandang satu sama lain dan kemudian mengintip Wooyoung yang sepertinya sedang menukar pakaian. Hanya JunHo sahaja yang tidak pergi mengintip bersama mereka. Mereka semua kecuali Junho melihat Puan Wang sedang membetulkan balutan yang sedang dipakai oleh WooYoung, seperti membuat dada terlihat semakin kempis. Mereka semua terhempas dari pintu kerana begitu terkejut! “Hah?? Wooyoung….dia…dia…seorang perempuan??” jerit mereka serentak. Puan Wang masih lagi membetulkan balutan Wooyoung. “Budak-budak, kita akan melanjutkan jadual yang seterusnya!” jerit pengurus mereka. “Baiklah!” mereka semua bangun lalu beredar tapi Chansung tidak beredar sebab dia ingin memberitahu pada Wooyoung pasal jadual yang seterusnya tadi… Semasa Chansung hendak bagitahu pada Wooyoung, Chansung mengambil kesempatan untuk mengintip Wooyoung yang sedang menukar pakaiannya. Chansung melihat Puan Wang sedang melepaskan balutan Wooyung. “Hah! Ini dia. Bagaimanalah kau boleh mengalami kecederaan macam ni hah?!” tanya Puan Wang sambil menepuk dada Wooyoung. “Ouch! Hati-hatilah!” Chansung terkejut bila Wooyoung terbalik menghadap kearah pintu dengan badannya yang mempunyai six pack itu. Sebenarnya Wooyoung ialah seorang lelaki bukannya perempuan~~ “Hah?! Dia…dia seorang…le…lelaki??!! Apa yang aku perlu lakukan??!! Semua kawan-kawan aku dah salah sangka lah pula!!” Chansung terus berlari keluar dari bilik itu untuk memberitahu pasal Wooyoung. Tetapi malangnya dia terpijak kain yang licin lalu terjatuh. “Ah….Wooyoung sebenarnya….sebenarnya..ialah…” Belum sempat berkata-kata, Chansung terus pengsan. Kesian~~ Bila waktunya masa tidur, nampaknya Taecyeon, Junsu, Junho dan Nichkhun masih lagi tidak tidur. Mereka semua masih lagi memikirkan Wooyoung itu seorang perempuan. “Wooyoung lelaki bukan perempuan! Aku mesti beritahu pasal benda ni kepada mereka!” kata Chansung lalu tidur. Cuba tengok muka Chansung…kesian dia. Mcm kena Amnesia pulak..HAHA XD Keesokkannya..Wooyoung sedang mengelap sebuah patung putih. Nichkhun, Junsu dan juga Taecyeon sedang memperhatikan Wooyoung dengan perasaan jatuh cinta terhadapnya. “Auuwww! Dia sangat cuteee!!!” kata Taecyeon. “Sangat cute~~ bagaimana dia begitu cantik~?” kata Junsu pulak. Nichkhun terus memandang mereka berdua dengan tidak percaya dengan kata-kata mereka. “Apa korang cakap? Cute? Huh!” kata Nichkhun lalu memandang semula kearah Wooyoung yang sedang mengelap patung putih. “Bagaimanalah dia nampak begitu cantik?” Pipi Nichkhun terus blushing. Blushing tu mcm muka orang malu smpai kemerah-merahan. Selesai mengelap, Wooyoung mengangkat patung putih keatas dengan kaki yang menjengket. Tiba-tiba, Junho datang dan bertanya apa yang sedang dilakukan oleh Wooyoung. Dia kelihatan keberatan apabila mengangkat patung putih itu. Kerusi kecil yang dia jadikan sebagai untuk tinggikan ketinggiannya untuk mengangkat berketar-ketar dan akhirnya dia kehilangan keseimbangan. Nichkhun, Junsu dan Taecyeon sangat terkejut. Mereka bangun serentak sambil tangannya seperti nak meraih Wooyoung. Wooyoung terus jatuh lalu terpeluk Junho yang berada dihadapannya. Tanpa sedar, mereka berciuman tanpa sengaja. Wooyoung begitu malu dengan insiden itu dan Junho masih lagi terkejut dan malu. Nampaknya Nichkhun cemburu dengan kejadian itu. Nichkhun, Junsu dan Junho sedang berjalan bersama-sama menuju kearah bilik berehat mereka. Tiba-tiba.. “Hey…itu bukan ke…Park Gyuri?” tanya Junho. Nikchun kelihatan tidak senang dengan kehadirannya. Junho dan Junsu terus lari meninggalkan Nickhun dengan Park Gyuri di situ. “Hey,kenapa kau tak jawab panggilan aku setiap kali aku call kau?!” tanya Park Gyuri dengan gaya sombongnya. Nichkhun hanya mendiamkan dirinya. “Jika kau buat lagi, aku tak akan maafkan kau!” Nichkhun kelihatan pening dengan situasi tadi lalu masuk kedalam bilik mereka. Kawan-kawannya sedang berehat disana. Taecyeon sedang membuka baju dihadapan Wooyoung. “Abang, kau memiliki tubuh yang bagus!” kata Wooyoung,malu-malu. “Yeke??!!” Taecyeon gembira apabila Wooyoung mempujinya. Taecyeon terus mengambil pengangkat berat mini dan berusaha mempamerkan ototnya sambil mengangkat pengangkat berat mini itu. sempat lagi Taecyeon berangan yang Wooyoung akan sukakannya. ==’ …………… Pintu bilik Nichkhun terbuka, Wooyoung terus masuk. “Kau sudah tidur ke? Aiggoo, tak kan kau nak tidur dengan lampu yang menyala?” kata Wooyoung. Semasa dia nak tutup lampu meja yang masih lagi menyala, tanpa sengaja, Wooyoung tersandung lalu terjatuh diatas badan Nichkhun yang sedang tidur. Tiba-tiba Wooyoung terus tertidur diatas badan Nichkhun. Pada esok paginya, Nichkhun bangun dan terkejut sebab Wooyoung tidur diatas badannya. Wooyoung masih lagi tertidur dengan lena sekali. Nickhun terus menatap muka Wooyoung dengan perasaan cintanya. …………. Semasa Wooyoung membuka pagar rumah, fans-fans mereka berkerumun di depan pagar rumah dan mereka menghalang jalannya. Mereka menatap muka Wooyoung dengan penuh selidik. “Eh! Nampaknya kau ni memang comel”!!!” kata gadis berjaket hijau. “Yang comelnya ialah Taecyeon! Dan juga Nickhun!” kata gadis bertopi arnab. “Eh! Kau dah baca surat yang aku berikan tadi? Balaslah surat aku!!” kata gadis yang dibelakang mereka. Mereka terus mendekati Wooyoung lebih dekat. “Kau akan balas surat aku ataupun tidak??!!” mereka terus memukul-mukul Wooyoung. Nichkhun baru sahaja keluar dari rumah dan ternampak Wooyoung dipukul oleh gadis-gadis tersebut. Wooyoung kelihatan pasrah. “Hoi!!! Berhent!!!” jerit Nichkhun datang dan terus melindungi Wooyoung. Tiba-tiba Nichkhun terus memeluk Wooyoung dengan penuh kasih sayang. Nichkhun terus menatap muka mereka dengan padangan yang tidak suka. “Jom pergi!” ajak Nichkhun sambil menarik Wooyoung pergi dari situ. Junsu sedang memperhatikan gadis-gadis itu dari atas. “Aiggooo, kenapalah korang abaikan aku?” Kata Junsu lalu menghirup secawan teh panasnya. “Ah! Panas! Panas!” Junsu memandang Taecyeon disebelahnnya yang sedang mengangkat pemberat mini. Nampaknya Taecyeon masih terkesan dengan pujian Wooyoung semalam. Keesokkannya….. Nichkhun sedang bersiap didepan cermin. Bukan Nichkhun sahaja, malah Junho, Junsu dan Taecyeon sudah bersiap didepan cermin. Dengan berpakaian yang segak sekali. Mereka bereempat mempunyai tujuan yang sama iaitu meluahkan perasaan cinta kepada Wooyoung. Eh, mana Chansung? Nampaknya….Amnesia lah tuuhh. Kesian Chansung~~ Junsu, orang yang pertama berjumpa dengan Wooyoung. “Wooyoung…..” Junsu terus memberikan sejambak bunga kepada Wooyoung. “Wooyoung……Aku cinta…cinta..” Belum sempat Junsu menghabiskan ayatnya. Taecyeon menjerit. “Tunggu!!” Taecyeon datang dan lalu menolak Junsu ketepi. Taecyeon terus memberikan sejambak bunga kepada Wooyoung. “Wooyoung! Aku cintakan kau!” “Apa ni….” Wooyoung tersenyum. Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, jari telunjuk Taecyeon terus menyentuh bibir wooyoung tanda tidak perlu berkata-kata lagi. “Aku tahu….kau ialah seorang perempuan!” kata Taecyeon. Wooyoung terkejut. “Apa kena dengan korang semua nih hah?!” Wooyoung terus menepis tangan Taecyeon daripada menyentuh bibirnya. Tiba-tiba…. “Jang Wooyoung!!!” Wooyoung terus menoleh kebelakang. Rupa-rupanya Nickhun yang memanggilnya. Wooyoung semakin pening dengan situasi macam ni. Nickhun terus berlari kearahnya lalu memeluknya. “Wooyoung….aku cintakan kau!” Junsu dan Taecyeon sangat terkejut dan berasa sangat cemburu apabila Nickhun memeluknya. Mereka berdua pun ingin memeluknya juga. Nichkhun masih lagi memeluknya. Tiba-tiba, Nichkhun berasa pelik apabila memeluknya. Dia terus meraba-raba dada wooyoung dan dia berasa pelik kenapa dada Wooyoung begitu rata? “Apa yang kau buat ni hah??!!” Wooyoung terus mengambil sejambak bunga daripada Nichkhun lalu memukul Nichkhun. “Aku lelaki!!! Aku seorang lelaki!!!” jerit Wooyoung sambil memukul Nichkhun. “Bukankah kau seorang perempuan?” Nichkhun masih lagi tidak percaya yang Wooyoung tu lelaki. “Aku seorang lelaki!!!” Wooyoung terus memukul Nichkhun lagi. Junsu dan Taecyeon terus berpelukan. “Ah! Dia buat aku patah hati! Aku ingat dia seorang perempuan!!! Huhuhu!” Wooyoung terus berjalan meninggalkan mereka semua. Dia terus menuruni tangga untuk ke pintu utama. Tiba-tiba langkah Wooyoung terhenti disitu kerana dihalang oleh Junho dengan sejambak bungannya. “Aku tidak penduli sama ada kau ni seorang lelaki ataupun mahluk asing. Aku cintakan kau!” kata Junho lalu memberikan sejambak bunga kepada Wooyoung. “Apa kena dengan kau nih?” Wooyoung ketawa lalu mengambil sejambak bunga dari Junho. “Aku seorang lelaki!!! Lelaki!!” jerit Wooyoung lalu memukul Junho dengan sejambak bunga Junho. Junho masih tidak percaya. “Beberapa kali aku nak cakap! Aku lelaki!!!!” Wooyoung terus memukul dan mengejar si Junho. |