My Precious One
Hey~!

Navigation : Hover the image



Diaries About Linkies Princes

Assalamualaikum. Hi, I'm Seha Suhaimi. The owner of this blog. Thanks for visit my blog. Saranghae~!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Seha Suhaimi
Tutorial: NurulAtiQah
Others:   



Assalamualaikum semua~~~ (Dengan muka yang sembap, baru bangun tidur ler..)

Tadi aku baru je lepas bangun tidur. Tahu tak aku bangun pukul brape? Kejap….Ya Allah….pukul 1:45 ptg aku bangun. AWALNYA….Awal lah sgt! Sarapan pagi pun aku x makan lagi. ubat pun x makan lagi. Tetapi bengkak dlm telinga aku semakin lama semakin surut. Alhamdulillah.

Ummmm. Aku x blh nk lupakan mimpi tadi. Mmg seram gila lah! Tetapi kan…..semua pelajar n guru SEMESTI pun ade sekali. Tetapi buat majlis apa tah kat SEKSYEN 2 juga. Kenapa semuanya berlaku kat Seksyen 2? Pelik ahh. Macam ni citernya, kita semua kan buat satu maljis di seksyen 2. Aku x sure maljis apa. Tetapi buat kat Kantin. Lagi pelik. 

Lepas majlis tu selesai, kita semua kena bermalam kat situ. Lagi pelik. Semasa dalam perjalanan ke kelas untuk masuk tidur, aku, Raizatul, Nabilah dan semua kawan aku pergilah kearah satu kelas bersebelahan gelanggang badminton tu. Tak silap akulah, Raizatul lah yang buka pintu kelas itu, sementara aku dan kawan lain pergi Tapak perhimpunan sekejap. Tiba-tiba Raizatul menjerit, aku pun terkejutlah kenapa Raizatul menjerit. Dia main lari tanpa memberitahu kitaorang kenapa. Aku pun pandanglah kearah kelas tadi. Huh???? Aku nampak satu lembaga besar sedang menuju kearah kitaorang semua. Dan korang semua pun terkejut juga. Korang main lari je. Dan sempat langgar aku. ==’

Satu sekolah riuh sangat sebab nampak lembaga hitam yang menakutkan tuhh. Cikgu pun lari. Lari ke tingkat 2 dan 3. Dan kitaorang semua tak lari pun keatas. Tiba-tiba lembaga hitam tu kejar aku. Huh? Kenapa dia kejar aku? Aku pun larilah lintang pukang. Yang lain pun lari juga. Kelam kabut! Tetapi apa yang pasti, aku lari dapat mengalahkan kelajuan kereta api sbb aku takut sgt. Manakala lembaga tuhh pula lari lambat skit. Jadi, inilah peluang kitaorang semua nak lari dri seksyen 2 tersebut. Tetapi malangnya, pintu pagar semua terkunci. Nak panjat pun, mengambil masa yang lama. Tiba-tiba salah seorang dari kitaorang semua…ada kata..

“Weyy! Korang semua! hantu tu dah tak ade!”

Kitaorang pun lega lah skit. Jadi kita semua pun pergi ke tapak perhimpunan. Tiba-tiba kita semua terdengar satu jeritan di blok B. Tengok2 cikgu SEMESTI yg menjerit sebab lembaga tu ada di tingkat 3 dan turun ke tingkat 2. Kita semua pun menjeritlah padahal hantu tu ada di tingkat 2. Tiba-tiba salah seorang daripada kita semua menjerit sebab lembaga tu ada di tapak perhimpunan pula. Apalagi menjerit macam orang tak pernah menjerit. Memang riuh. Tiba-tiba lembaga itu sempat memaut lengan seseorang. aku x sure siapa. Tetapi dia seorang lelaki. Dia sedang menjerit ketakutan. Dan…..tiba-tiba aku terus bangun tidur sebab dengar Azan Zuhur yg sedang berkumandang….. aku pun mcm….takutnya mimpi tuhhh. Aku sempat lagi tengok air muka korang semua masa tuhh. Kalau korang semua mimpi pasal tuhh, memang seram. Tetapi kenapa semuanya berlaku kat sk seksyen 2? Sekolah rendah aku…

Sorrylah aku citer pun x adelah seram sgt. Aku x blh nk jelaskan mcm mana keadaan masa tuhh..SERAM.

Apa2 pun salam *Smile.