Hey~! ![]() Assalamualaikum. Hi, I'm Seha Suhaimi. The owner of this blog. Thanks for visit my blog. Saranghae~! Credits!
| ![]()
Assalamualaikum semua ^^
Dah lama tak update. Maklumlah minggu lepas aku trial selama seminggu. Tapi aku rasa gembira sangat sebab aku dapat keputusan yg dh meningkat drp sebelum ni. Dulu math aku dapat D. Sekarang C. So, aku harap aku boleh target B untuk Math! Aku yakin aku boleh buat! :D
Nak pendekkan cerita, semuanya meningkat kecuali Geografi. Hurm..
Korang tahu tak.. dlm banyak2 tahun, tahun berapa yg aku paling benci?
Mestilah tahun 2011. Tahun lepas. Tahun yang paling menyakitkan hati dalam seumur hidup aku.
Ade sebab kenapa aku benci 2011. Mungkin kawan sekelas aku tahu kenapa. Nak tahu? Pusingkan roda tertikus ke bawah.
Tahun 2011. Aku benci tahun 2011. Satu tahun aku terpaksa bertahan dalam 12 bulan. Setiap hari, aku sentiasa menghitung hari agar tahun 2011 berakhir dengan cepat tetapi aku terpaksa menunggu. Tahun lepas, aku ditempatkan di kelas 2 Resak. Pelbagai kaum yang ada di kelas 2 Resak. Pada mulanya, aku ingatkan tahun 2011 akan membuatkan aku rasa gembira seperti tahun 2010. Tetapi..
Tidak. Tahun 2011 telah membuatkan aku rasa terseksa!
Mula2, aku dapat duduk sebelah Zarifah di kelas 2 Resak. Tetapi lepas wakil sekolah untuk bola tampar, aku ditempatkan di belakang sekali. Aku betul2 keseorangan tetapi nasib baiklah ada seorang lelaki cina sanggup duduk bersebelahan dengan aku. Dia sangat baik kepada aku. Nama dia Lim Wen Wei. Dia lelaki tetapi perwatakan seperti perempuan. Dia selalu kawan dengan perempuan.
==' Tetapi tak apalah. Asalkan ada kawan kat belakang. :D
Kemudian, ada budak baru masuk. Nama dia Intan Azira. Dia memang sporting dan tak pernah lupakan kawan. Kebetulan ciri2 Intan memang sama dengan Husnina. Kawan lama aku kat sekolah rendah dulu. Dia memang baik dan dia berjanji nk call aku semua tu. Tetapi tgk2.. dia langsung x call aku. Hish. Bertuah punyer budak! =='
Okey! Straight to the point, perkara yg lebih menyedihkan dlm hidup aku...
Aku terpaksa berpisah dengan Lim Wen Wei sebab cikgu geografi kata haram bila duduk sebelah lelaki. Jadi, cikgu pun pisahkan meja kitaorang berdua. Meja dia dibawa ke hadapan. Meja aku dibiarkan sahaja di belakang. So, aku betul2 keseorangan kat belakang. Tak ade kawan nk kongsi cerita. Hurm.. sedih.. rasa nk menangis pun ada. Hanyaa Allah sahaja yang tahu perasaan aku. Aku betul2 terasa dipinggirkan... :'(
Walaupun kitaorang terpaksa berpisah tetapi dia masih melayan aku seperti biasa. Setiap kali aku nak tukar kertas jawapan sebab nak check jawapan, dia akan tukar dengan aku. Aku ingatkan dia nk tukar dengan kawan dia, rupa-rupanya tak. Dia masih nak tukar jawapan dengan aku. Wah! Gembiranya aku. Thanks, buddy.
Sejak kejadian tu, ramai kawan datang melawat aku kat belakang. Terutamanya Intan. Dia selalu datang melawat aku kat belakang. Pastu, sembang pasal KPOP semua tu. Dan macam2 lah. Pastu bila cikgu masuk, dia akan balik semula ke tempat dia. Kalau takade cikgu, dia akan datang ke belakang. Thanks, Intan Azira :D
Akhirnya...akhir tahun 2011, aku terasa diriku dah bebas! Tetapi akhirnya aku faham perasaan orang yang dipinggirkan oleh kawan2. Aku dah faham. Aku faham perasaan orang yang duduk sorang2 kat belakang kelas. Korang akan terasa diri korang dihina dan dipinggirkan. Seolah2 dorang sedang mengutuk korang tanpa korang sedari. Itulah pendapat aku.
Tahun 2012, Alhamdulillah.. aku dapat duduk dengan kawan2 juga akhirnya. :D
That's all. Assalamualaikum.
|