My Precious One
Hey~!

Navigation : Hover the image



Diaries About Linkies Princes

Assalamualaikum. Hi, I'm Seha Suhaimi. The owner of this blog. Thanks for visit my blog. Saranghae~!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Seha Suhaimi
Tutorial: NurulAtiQah
Others:   





Assalamualaikum..

What the heck.. Nillila Mambo.. tiba-tiba je aku teringat lagu Block B. Hah! Bila aku fikir balik, aku patut batalkan permohonan ke kolej vokasional kat Setapak tu. Banyak sebab kenapa aku buat macam tu.. ramai kawan aku cakap sekolah tu banyak.. banyak.. err.. you know.. girl with girl.. faham kan? Lagipun aku tak suka ‘benda’ tu. Aku normal. Ya, aku normal.

So, aku just mohon 2 kolej vokasional je. Shah Alam dengan Sungai Buloh je. Aku mohon sekolah yang dekat-dekat je. Sebenarnya aku nak mohon kat Johor tetapi ayah aku tak kasi pula.. emm.. bila aku cakap pasal kolej vokasional, aku teringat pula kat cikgu Firdaus. Cikgu tuisyen aku yang terlalu sukakan Taeyeon Snsd. Masa tu, dia ada tanya aku suka bidang apa. Aku jawablah aku minat bidang yang berkaitan dgn komputer. 
Pastu, dia cakap aku patut ambil bidang Fizik. Fizik? O.o

Tetapi bila aku cakap aku nak masuk sekolah teknik… nampak sangat dia tak suka.. cikgu, kenapa? 
Kemudian.. selepas pmr, cikgu Zul, guru kaunseling sekolah teknik shah alam tak silap aku. Aku pun tak tahu apa jawatan cikgu tu. Dia datang sekolah aku sebab nak bagi ceramah pasal Kolej Vokasional semua tu. Aku tanya kalau aku ambil bidang pangkalan data dan aplikasi web, dapat kerja apa?

Dia kata programmer. Mcm John Taylor lah ni? Pastu, dia cakap gaji besar kalau kerja sebagai programmer. Aku pun… Hahaha! *Evil Laugh*

Okeylah. That’s all. Assalamualaikum.