My Precious One
Hey~!

Navigation : Hover the image



Diaries About Linkies Princes

Assalamualaikum. Hi, I'm Seha Suhaimi. The owner of this blog. Thanks for visit my blog. Saranghae~!


Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Seha Suhaimi
Tutorial: NurulAtiQah
Others:   






Assalamualaikum semua =)

Sudah lama aku menyepi dari dunia blog.. maklumlah aku memang busy gila dengan training. Training apa? Training utk bola tampar. Tahun nie aku masuk wakil sekolah utk pasukan bola tampar. Aku harap aku boleh kalahkan dorang mcm mana dorang kalahkan kitaorang masa tahun 2011. Tahun yang paling malang dalam hidup aku. Haish.. aku tak nak ingat balik masa tuh. I hate it very much!

Semasa kitaorang tgh training, cikgu praktikal kitaorang.. ada berbisik dengan kawan aku sorang nie. Time tu aku tengah ambil bola yang telah melayang entah ke mana. Aku tertanya-tanya apa yang cikgu bisikan dekat kawan aku. Kebetulan cikgu tu ajar kitaorang cara serve bola dengan betul. Aku baru tahu.. selama nie cara serve aku memang salah! Apa-apa pun.. alhamdulillah. Aku dah boleh serve dengan cara yang betul. Habis bengkak kedua-dua tangan aku.

Lepas tu.. kawan aku bagitahu sesuatu dekat aku. Sebenarnya cikgu cakap pasal aku. 


“Kalau kita menang untuk bola tampar nanti, cikgu nak Salehah menangis.”


I feel like.. kenapa cikgu cakap macam tu? Kenapa cikgu nak aku menangis? Lepas cikgu cakap macam tu dekat kawan aku, cikgu tu terus senyum. Haish.. what’s wrong with him? Okeyh! Fine.. kalau pasukan bola tampar kita menang.. aku akan menangis. Lagipun cikgu tu bukannya duduk lama-lama dekat sekolah aku. Lepas sebulan.. cikgu tu akan pergi. I will miss him. Cikgu Nik and also.. sorang lagi aku lupa. Tapi apa yg pasti, muka dia macam Hairul Azreen Idris. Haha!

Okeyhlah.. tu jelah. Assalamualaikum.